Duniakini93

SEMASA,TEKNOLOGI,KESIHATAN,RUJUKAN,SEMAKAN

Cari Info Disini...

Rabu, 13 Disember 2017

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Seni Tingkatan Satu 2018



Peranan seni dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau bertamadun telah diakui dan diiktiraf oleh negara. Seni merupakan manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia menegaskan tentang pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun galakan lain di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menitikberatkan Seni dalam diri rakyat yang berbilang kaum.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2018 AKAN DIBUKA PADA 16 Disember nanti di link berikut:


Semakan Kemasukan tingkatan 1 ke Sekolah Seni 2018

Antara Syarat Permohonan:

1.Warganegara Malaysia
2.Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3.Sihat tubuh badan
4.Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses


Syarat Kemasukan:

1.Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2.Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3.Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4.Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5.Mengemukakan rekod kesihatan murid
6.Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7.Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Hubungi :

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
1. Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721620 

2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain
    Tel : 03-88721659

3. Sabariah Binti Abdul Kadir
    Tel : 03-88721643

    Atau emelkan pertanyaan ke : 
    Email : mohonssem@moe.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan