Duniakini93

SEMASA,TEKNOLOGI,KESIHATAN,RUJUKAN,SEMAKAN

Cari Info Disini...

Isnin, 2 April 2018

PERMOHONAN DAN KEPUTUSAN KAD DEBIT PELAJAR KADS1M


Dalam pembentangan bajet 2018 kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi(BPPT) bernilai RM300 yang akan didebitkan dalam  Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia(KADS1M) kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi(IPT) 

Pelajar Universiti Awam dan Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS) berstatus warganegara Malaysia berhak mendapatkan inisiatif bernilai RM250 yang diberikan oleh kerajaan.Permohonan KADS1M boleh dibuat secara online bermula 2 April menerusi Bank Rakyat sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengurusan KADS1M.

Berikut Link semakan permohonan dan keputusan kad debit pelajar KADS1M:

-Semakan Kelayakan BPPT

Syarat kelayakan:
1.Warganegara Malaysia
2.Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT
3.Sedang melanjutkan pelajaran dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar pada 31 Disember 2016
4.Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6,Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), Diploma Kolej Vokasional(Tahun 3 dan 4) , Matrikulasi ,Pengajian Asas(Foundation), Asasi A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan keatas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
5.Menuntut di IPT dibawah selian KPM,Institut Perguruan,Kementerian Sumber Manusia atau IPT yang berdaftar dibawah akta-akta yang berkuasa dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
6.Sedang melanjutkan pelajaran sepenuh masa ataupun separuh masa

Cara dapatkan Kads1m:
-Isi Borang e-permohonan
-status permohonan akan disahkan melalui email
-Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan kads1m debit. Tarikh terakhir pengambilan kads1m pada 31 julai 2018.

-Mysumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan