Duniakini93

SEMASA,TEKNOLOGI,KESIHATAN,RUJUKAN,SEMAKAN

Cari Info Disini...

Khamis, 21 Jun 2018

Cara Batalkan Akaun Astro Anda


Sudah tentu setiap penghuni rumah menginginkan saluran tv yang pelbagai kan?? lagi-lagi dengan kemudahan astro yang beraneka macam salurannya seperti movie,sukan,go shop mahupun hiburan. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu kalau anda hendak batalkan astro bukanlah mudah seperti yang anda sangkakan, lagi-lagi sekiranya anda dibawah kontrak :)

Di sini  saya ingin kongsikan Cara Batalkan Akaun Astro anda:

1. Call pusat perkhidmatan Astro di talian +603 9543 3838


2. Sila pilih bahasa pilihan anda.

3. Buat pilihan anda dengan memasukkan nombor akaun astro 10 digit:
-Tekan 1 : Penyambungan semula
-Tekan 2 : Bil dan Pembayaran
-Tekan 3 : Pakej,Produk dan Perkhidmatan
-Tekan 4 : Bantuan teknikal dan pemasangan

4. Pilih antara 3 atau 4.
5. Buat perbincangan dengan bantuan perkhidmatan pelanggan:
-Bagitahu pegawai Astro anda ingin menutup akaun Astro anda, biasanya dia akan tanya kenapa nak tutup?
-Beri penjelasan mudah kepada pegawai astro tersebut , Contohnya bagitahu yang orang rumah jarang tengok tv semua kerja siang hari dan waktu malam je baru dapat tengok tv. Ataupun bagitahu yang anda dah pasang internet dan jarang tengok tv.
-Selesai je perbincangan, mereka akan memberitahu anda 30 hari tempoh notis bagi pembatalan sebagaimana dalam perjanjian dan mereka akan membantu untuk mengira penalti.
6. Tinggalkan nombor telefon anda agar mereka dapat hubungi anda selepas beberapa hari.
-Bagi yang masih dalam kontrak 2 tahun, anda perlu serahkan semula item sperti dekoder,smart card dan piring astro kepada pegawai astro nanti. Biasanya mereka akan datang kerumah anda jadi anda tidak akan terlepas dari membayar tunggakan penalti atau kontrak anda. Lebih banyak anda langgan lebih tinggi caj dikenakan.

Semoga dapat membantu anda :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan