Duniakini93

SEMASA,TEKNOLOGI,KESIHATAN,RUJUKAN,SEMAKAN

Cari Info Disini...

Sabtu, 23 Jun 2018

Cara Mudah Menjimatkan Elektrik Bagi Pengguna Aircond



Penggunaan penghawa dingin(Aircond) sering digunakan ketika cuaca yang tidak menentu terutamanya ketika keadaan cuaca yang kering dan panas.So mestilah kan bil elektrik TNB anda akan melambung tinggi, Tapi terdapat beberapa cara dan tips yang boleh anda gunakan bagi menjimatkan elektrik ketika menggunakan penghawa dingin(Aircond).

Berikut Cara Mudah Menjimatkan Elektrik Bagi Pengguna Aircond:


1. Pilih Kuasa Aicond yang sesuai
-kebiasaannya pengunaan Aircond bergantung pada kawasan seperti keluasan,tinggi ceiling dan pengguna rumah anda. Anda kenalah pilih saiz Aircond mengikut kesesuaian contohnya memilih Aircond berkuasa 1 hingga 2HP(Horse Power) bagi bilik kecil dan sederhana.

2.Beli Aircond Jenis 5 Star dan Inventer
-Memilih barangan yang bertaraf 5 bintang adalah pilihan yang bijak. Kebanyakan barangan 5 bintang ni terbukti dapat menjimatkan elektrik anda 20% hingga 40%.



3. Pilih suhu yang betul
-Suhu Aircond yang sesuai bagi menjimatkan elektrik anda adalah diantara 22 hingga 26 darjah celsius,maklumlah nak jimat :). Kalau nak cepat sejuk bilik tu tutup semua lubang-lubang yang terdapat dipersekitaran agar udara sejuk tidak keluar dari bilik.



4. Tukar/Bersihkan Filter Aircond
-Penapis bagi penghawa dingin anda perlu dibersihkan bagi mengelak halangan udara dan meningkatkan kebolehan Aircond secara maksimum.

5. Menyelenggara Aircond anda 
-Pastikan anda sentiasa servis Aircond anda sebab kebiasaannya terdapat banyak kebocoran pada hos Aircond ataupun kekurangan kuantiti gas pada aircond anda.

Semoga maklumat tersebut dapat membantu mengurangkan bil eletrik anda :)

-dedes93.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan