Duniakini93

SEMASA,TEKNOLOGI,KESIHATAN,RUJUKAN,SEMAKAN

Cari Info Disini...

Isnin, 23 Julai 2018

Permohonan Kemasukan Program Kolej Matrikulasi 2019-2020


Permohonan kemasukan ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan dibuka bermula pada 19 Julai 2018 sehingga 30 November 2018 bagi sesi 2019/2020.

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) hanya boleh dibuat secara atas talian(online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet(PMI) yang dibuka kepada calon bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Cara buat permohonan ke Program Matrikulasi KPM:


1. Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat secara online dimana pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu(PIN) lima digit dengan membeli sendiri di Bank Simpanan Nasional(BSN) dengan bayaran RM10.00 bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

2.Pembelian boleh dibuat dengan menggunakan no. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan.

3.Sila Klik Link:Menu Utama Aplikasi Permohonan Kolej Matrikulasi
bagi mengakses link permohonan secara online.

4. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar permohonan online sebelum atau pada 30 November 2018.




-Rujukan harga pembelian pin: Harga PIN

-dedes93.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan